HafizFirdaus.com ~ Agama dan Kehidupan
Toggle Navigation
  • Utama
  • Profile
  • E-Buku
    • E-Buku Hafiz Firdaus Abdullah
    • E-Buku Penulis Lain
    • Bacaan Atas Talian
      • Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
  • Kolum Bulanan
    • Majalah Pa & Ma
      • Soal Jawab Agama
    • Dara.com
      • Cahaya Rohani
      • Mutiara Do'a
      • Soal Jawab Agama
    • Majalah i
      • 40,000 kaki
      • Penulisan kreatif
    • Pengantin
      • Soal Jawab Munakahat
      • Munakahat
    • Majalah Rapi
      • Motivasi
      • Soal Jawab Motivasi
    • Dewan Tamadun Islam
      • Dewan Tamadun Islam
  • Arkib
    • Kolum
      • Fiqh
      • Individu & Masyarakat
      • Aqidah
      • Artikel Umum
    • Menjawab Fitnah
      • Menjawab Fitnah
    • Ulasan buku
      • Hafiz Firdaus
      • ThTL
      • Abu Iqbal
      • Abu Adam
    • Soal Jawab Agama
      • al-Quran
      • Adab & Akhlak
      • Aqidah
      • Dakwah
      • Fiqh
      • Hadis
      • Individu & Masyarakat
    • Multimedia
  • Menjawab Fitnah
  • Mengulas Kenyataan
    • Asiah Abdul Jalil
    • Ustaz/Ustazah Lain
  • Ralat
  • Peta Laman
  • Audio dan Video
    • Kuliah Umum
    • 202 Pelajaran Poligami
    • 90 Pelajaran Bid'ah
    • The Captain's Session @ IDT
    • Jom Sembang Kerja Pilot!
    • Wahai Ibu Wahai Ayah
    • Adab Bersama Ulama'

THI Feb 2018: Damaikah kamu dengan Allah?

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 08 October 2018
Hits: 2269

"Saya nak belajar jurusan undang-undang, tetapi yang dapat jurusan lain."

"Saya nak sambung belajar ke peringkat Master, tetapi yang mampu hanya ke peringkat sarjana."

"Saya nak kerja di AirAsia, tetapi yang dapat ialah Malindo."

"Saya nak suami handsome, tetapi yang dapat tu.... boleh laa."

"Saya nak kereta Myvi baru, tetapi yang dapat Maybach 6 Cabriolet."

Demikianlah dalam kehidupan ini, kita menghendaki itu dan ini.

 

Akan tetapi tercapai atau tidak bergantung kepada kehendak Allah.

Allah, Rabb yang mengatur segala urusan kita dan mengetahui apa yang baik atau buruk untuk kita.

Allah mengingatkan,

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Dan kamu tidak dapat berkehendak kecuali apabila dikehendaki oleh Allah, Rabb yang mengatur sekian alam. (Al-Takwir 81:29)

Oleh itu dalam rangka kita merancang dan berkehendak itu dan ini, hendaklah bersiap sedia menerima dan melatih diri "berdamai" dengan kehendak Allah.

THI Feb 2018: Perhatikan makananmu

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 04 October 2018
Hits: 2276

Apabila hendak mengingati kebesaran Allah, tidak semestinya menunggu sunset, mendaki gunung atau berkhemah dalam hutan.

Makanan yang terhidang depan mata 2-3 kali setiap hari sudah cukup untuk mengingatkan kita kepada Allah.

Allah berfirman,

فَلْيَنظُرِ الْإِنسَانُ إِلَىٰ طَعَامِهِ

Maka hendaklah manusia memperhatikan makanannya. (Abasa 80:24)

Ini kerana makanan dapat mengingatkan kita bagaimana Allah mencipta lembu, kambing, ayam dan ikan sebagai bahan makanan.

Bagaimana Allah menumbuhkan dari tanah, beras dan gandum untuk kita jadikan nasi dan roti.

Serta pelbagai tanaman yang kita jadikan sayuran dan rempah ratus yang melazatkan makanan.

THI Feb 2018: Habiskanlah makananmu.

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 01 October 2018
Hits: 2348

Dulu tahun 1989-91 ketika latihan cadet pilot di Malaysian Flying Academy, Melaka, ada seorang rakan kami yang suka habiskan lebihan makanan kami.

Sambil berjenaka, kami menggelar beliau Majlis Perbandaran atau DBKL.

Ketika itu saya tidak tahu tuntutan Islam dalam perkara tersebut lalu turut menggelar beliau DBKL.

Beberapa tahun lepas saya baru mengetahui apa yang beliau lakukan 20 tahun lalu adalah benar, maka saya sendiri sekarang menjadi DBKL juga (ha ha).

------

Pernah terfikir kenapa rezeki tidak diberkati?

Pernah terfikir kenapa banyak bisikan syaitan dalam hati atau fikiran?

Cuba semak etika makan masing masing.

-------

Daripada Anas bin Malik,

 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَكَلَ طَعَامًا لَعِقَ أَصَابِعَهُ الثَّلَاثَ

قَالَ وَقَالَ إِذَا سَقَطَتْ لُقْمَةُ أَحَدِكُمْ فَلْيُمِطْ عَنْهَا الْأَذَى وَلْيَأْكُلْهَا

وَلَا يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ

وَأَمَرَنَا أَنْ نَسْلُتَ الْقَصْعَةَ قَالَ فَإِنَّكُمْ لَا تَدْرُونَ فِي أَيِّ طَعَامِكُمْ الْبَرَكَةُ

 

Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila selesai makan, baginda menjilat ketiga-tiga jari tangannya.

Baginda bersabda, "Apabila suapan makanan salah seorang di antara kalian jatuh, ambillah kembali lalu buang bahagian yang kotor dan makanlah.

Jangan dibiarkannya dimakan syaitan."

Dan baginda menyuruh kami untuk menjilat pinggan. Baginda bersabda, Ini kerana kalian tidak tahu makanan mana yang membawa berkah."

(Shahih Muslim, no. 3795/2034)

THI Jan 2018: Makan dengan tangan kanan

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 27 September 2018
Hits: 2361

Tazkirah pagi ini ditujukan kepada mereka yang makan makanan barat (Western Food).

Dibolehkan makan makanan barat, tetapi jangan pula dengan etika pemakanan Barat.

Pastikan menyuap dengan garpu di tangan kanan, sementara pisau di tangan kiri.

Sabda Nabi s.a.w.,

لَا يَأْكُلَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمْ بِشِمَالِهِ وَلَا يَشْرَبَنَّ بِهَا فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِهَا.

Jangan seseorang di antara kalian makan dengan tangan kirinya dan jangan minum dengannya (tangan kiri), kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengannya (tangan kiri).

(Shahih Muslim no. 3765/2020).

  1. THI Jan 2018: Tauhid Asma' wa Sifat
  2. THI Jan 2018: Tauhid al-Uluhiyah
  3. THI Jan 2018: Tauhid al-Rububiyah
  4. THI Jan 2018: Poligami adalah satu pasukan
  5. THI Jan 2018: Jin dan Al-Quran

Page 38 of 67

  • 33
  • 34
  • ...
  • 36
  • 37
  • 38
  • 39
  • ...
  • 41
  • 42
fb2yout
penulis-banner.gif
 pdf-icon.jpg Kenali Penulis

Hubungi Penulis di:

019-3848467 (SMS sahaja)
hafizfirdaus@hotmail.com

Dapatkan buku karangan Penulis di:
Jahabersa

Hantarkan soalan anda ke:
al-fikrah.gif 
Dapatkan karya bermanfaat di:
karangkraf.jpg

Statistics

Users
1091
Articles
1468
Articles View Hits
11631798

Back to Top

© 2026 HafizFirdaus.com ~ Agama dan Kehidupan