HafizFirdaus.com ~ Agama dan Kehidupan
Toggle Navigation
  • Utama
  • Profile
  • E-Buku
    • E-Buku Hafiz Firdaus Abdullah
    • E-Buku Penulis Lain
    • Bacaan Atas Talian
      • Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
  • Kolum Bulanan
    • Majalah Pa & Ma
      • Soal Jawab Agama
    • Dara.com
      • Cahaya Rohani
      • Mutiara Do'a
      • Soal Jawab Agama
    • Majalah i
      • 40,000 kaki
      • Penulisan kreatif
    • Pengantin
      • Soal Jawab Munakahat
      • Munakahat
    • Majalah Rapi
      • Motivasi
      • Soal Jawab Motivasi
    • Dewan Tamadun Islam
      • Dewan Tamadun Islam
  • Arkib
    • Kolum
      • Fiqh
      • Individu & Masyarakat
      • Aqidah
      • Artikel Umum
    • Menjawab Fitnah
      • Menjawab Fitnah
    • Ulasan buku
      • Hafiz Firdaus
      • ThTL
      • Abu Iqbal
      • Abu Adam
    • Soal Jawab Agama
      • al-Quran
      • Adab & Akhlak
      • Aqidah
      • Dakwah
      • Fiqh
      • Hadis
      • Individu & Masyarakat
    • Multimedia
  • Menjawab Fitnah
  • Mengulas Kenyataan
    • Asiah Abdul Jalil
    • Ustaz/Ustazah Lain
  • Ralat
  • Peta Laman
  • Audio dan Video
    • Kuliah Umum
    • 202 Pelajaran Poligami
    • 90 Pelajaran Bid'ah
    • The Captain's Session @ IDT
    • Jom Sembang Kerja Pilot!
    • Wahai Ibu Wahai Ayah
    • Adab Bersama Ulama'

THI Oktober 2018: Mohonlah petunjuk.

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 24 January 2019
Hits: 2095

Apabila kita membaca surah al-Kahf pada malam Jumaat atau pagi Jumaat, kita akan berjumpa ayat ini,

 

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa:

"Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".

(al-Kahf 18:10)

 

Ini adalah doa yang dibaca oleh sekumpulan pemuda yang dikisahkan dalam surah al-Kahf.

Doa ini dirakam dalam al-Qur'an supaya kita juga mengambil manfaat daripadanya.

Apabila hendak memulakan sesuatu urusan, berdoalah dengan doa ini.

Moga dengannya Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita dan memberi petunjuk dalam urusan yang bakal kita lakukan itu.

THI Oktober 2018: Tidak cukup panjangkah umurmu?

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 21 January 2019
Hits: 2075

Tazkirah hari ini, firman Allah s.w.t.,

 

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ?

Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan (tentang umurmu)?

(Fatir 35:37)

 

Imam Ibn Katsir ketika menafsirkan ayat di atas mengemukakan pendapat beberapa tokoh generasi Salaf bahawa yang dimaksudkan dengan "....(apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan (tentang umurmu)" dalam ayat di atas ialah uban / rambut putih.

Maka bagi sesiapa yang mula didatangi uban atau rambut putih, bergembiralah kerana ia merupakan peringatan tentang umur yang semakin lanjut.

Maka fikirkanlah apa amal-amal soleh yang sudah dipersiapkan bagi menghadapi kematian yang semakin dekat.

THI September 2018: Hidangan dari langit.

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 17 January 2019
Hits: 2199

Doa murah rezeki,

 

اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِّنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِّأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِّنكَ وَارْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ.

Ya Allah, Tuhan kami!

Turunkanlah kepada kami satu hidangan dari langit, supaya ia dapat menjadi satu perayaan bagi kami,

iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian,

dan sebagai satu tanda (kebesaran)-Mu,

dan rezekikanlah kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.

(Surah al-Maidah 5:114)

---------

Read more ...

THI Julai 2018: Hakikat zikir

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 14 January 2019
Hits: 2268

Berzikir kepada Allah tidak terbatas kepada memegang biji tasbih atau menghitung dengan jari.

Seseorang yang terlintas di hatinya melakukan kemungkaran, lalu kemudian teringat kepada larangan Allah dan akhirnya membatalkan lintasan itu, maka dia juga berzikir kepada Allah.

Seseorang yang memiliki masa lapang lalu dia teringat kepada anjuran Allah untuk melakukan amal-amal soleh, maka dia juga berzikir kepada Allah.

Seseorang yang mempelajari sunnah Nabi s.a.w. dan mempraktikkannya dalam kehidupan harian, maka dia juga berzikir kepada Allah.

Bagi bentuk zikir yang terakhir ini, sila semak ayat 21 surah al-Ahzab, khasnya di penghujung ayat:

 

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik pada) hari akhirat, serta dia pula banyak berzikir kepada Allah.

  1. THI Ogos 2018: Kamu tidak beriman.
  2. THI Julai 2018: Al-Qur'an membenarkan kahwin sesama jantina?
  3. THI Julai 2018: Berdamailah!
  4. THI Julai 2018: Yang mencatat
  5. THI Mei 2018: Piala Dunia dan sedekah

Page 30 of 67

  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
fb2yout
penulis-banner.gif
 pdf-icon.jpg Kenali Penulis

Hubungi Penulis di:

019-3848467 (SMS sahaja)
hafizfirdaus@hotmail.com

Dapatkan buku karangan Penulis di:
Jahabersa

Hantarkan soalan anda ke:
al-fikrah.gif 
Dapatkan karya bermanfaat di:
karangkraf.jpg

Statistics

Users
1091
Articles
1468
Articles View Hits
11631798

Back to Top

© 2026 HafizFirdaus.com ~ Agama dan Kehidupan