HafizFirdaus.com ~ Agama dan Kehidupan
Toggle Navigation
  • Utama
  • Profile
  • E-Buku
    • E-Buku Hafiz Firdaus Abdullah
    • E-Buku Penulis Lain
    • Bacaan Atas Talian
      • Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
  • Kolum Bulanan
    • Majalah Pa & Ma
      • Soal Jawab Agama
    • Dara.com
      • Cahaya Rohani
      • Mutiara Do'a
      • Soal Jawab Agama
    • Majalah i
      • 40,000 kaki
      • Penulisan kreatif
    • Pengantin
      • Soal Jawab Munakahat
      • Munakahat
    • Majalah Rapi
      • Motivasi
      • Soal Jawab Motivasi
    • Dewan Tamadun Islam
      • Dewan Tamadun Islam
  • Arkib
    • Kolum
      • Fiqh
      • Individu & Masyarakat
      • Aqidah
      • Artikel Umum
    • Menjawab Fitnah
      • Menjawab Fitnah
    • Ulasan buku
      • Hafiz Firdaus
      • ThTL
      • Abu Iqbal
      • Abu Adam
    • Soal Jawab Agama
      • al-Quran
      • Adab & Akhlak
      • Aqidah
      • Dakwah
      • Fiqh
      • Hadis
      • Individu & Masyarakat
    • Multimedia
  • Menjawab Fitnah
  • Mengulas Kenyataan
    • Asiah Abdul Jalil
    • Ustaz/Ustazah Lain
  • Ralat
  • Peta Laman
  • Audio dan Video
    • Kuliah Umum
    • 202 Pelajaran Poligami
    • 90 Pelajaran Bid'ah
    • The Captain's Session @ IDT
    • Jom Sembang Kerja Pilot!
    • Wahai Ibu Wahai Ayah
    • Adab Bersama Ulama'

THI Oktober 2018: Berhati-hati dengan istidraj!

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 07 February 2019
Hits: 2009

Tazkirah hari ini, hidup mewah tidak semestinya bererti kedudukan istimewa yang Allah berikan kepada sesebuah negara atau seseorang individu. Mungkin sahaja ia merupakan petanda kepada bala yang akan menimpa pada bila-bila masa.

Firman Allah s.w.t.,

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ

Maka tatkala mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala), maka mereka pun berputus asa.

(Al-An'aam 6:44)

 

Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan,

إِذَا رَأَيْتَ اللَّهَ يُعْطِي الْعَبْدَ مِنْ الدُّنْيَا عَلَى مَعَاصِيهِ مَا يُحِبُّ فَإِنَّمَا هُوَ اسْتِدْرَاجٌ ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { فَلَمَّا نَسُوا ...}

"Jika kamu melihat Allah memberikan (kemewahan) dunia kepada seorang hamba pelaku maksiat dengan sesuatu yang ia sukai, maka sesungguhnya itu hanyalah merupakan istidraj."

Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membacakan ayat: "Maka tatkala mereka melupakan..."

(Musnad Ahmad 16673/17311 dan dinilai hasan oleh Syu'aib al-Arnauth)

THI Oktober 2018: Suami isteri terbaik

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 04 February 2019
Hits: 2831

Apabila suami berbuat baik kepada isteri dalam keadaan mereka berdua sedang harmoni, itu namanya "suka sama suka". Namun apabila suami tetap berbuat baik kepada isteri dalam keadaan mereka berdua sedang berkonflik, maka itu barulah namanya "sebaik-baik suami". Ketika inilah teruji kadar kebaikan suami yang dimaksudkan oleh hadis berikut,

 

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا.

Mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik akhlaknya kepada para isteri mereka.

[Shahih Sunan al-Tirmizi, no.: 1082/1162]

-------

Apabila isteri mentaati suami dalam perkara yang turut disukainya, itu namanya "suka sama suka".Namun apabila isteri tetap mentaati suami dalam perkara yang tidak disukainya, asalkan tidak melanggar hukum syari'at, maka itu barulah namanya "isteri yang terbaik". Ketika inilah teruji kadar ketaatan isteri kepada suami. Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang ciri isteri yang terbaik, lalu baginda menjawab,

 

الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ.

Wanita yang membahagiakan (suaminya) jika dipandang, mentaatinya jika diperintahkan dan tidak menyelisihi berkenaan dirinya dan hartanya dengan apa yang tidak disukai (oleh suami).

[Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3179/3231]

-------

Pun begitu.....

Suami dan isteri adalah manusia biasa yang tentunya sukar mencapai martabat yang disebut dalam kedua-dua hadis di atas. Maka saya katakan, suami dan isteri yang terbaik adalah mereka yang berusaha untuk mencapai apa yang disebut dalam kedua-dua hadis di atas. Sekali sekala mungkin gagal, namun kegagalan itu dijadikan pelajaran dan iktibar untuk terus memperbaiki diri.

THI Oktober 2018: Cendol nyonya cina?

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 31 January 2019
Hits: 3133

Hari ini nak cerita tentang cendol lagi. Kali ini sebagai jawapan kepada beberapa komen di posting saya sebelum ini, tentang kenapa saya sanggup makan cendol jualan nyonya cina padahal ada cendol jualan melayu / muslim.

Maka jawapan saya adalah seperti berikut:

(1) Kenapa pergi gerai Cina?

Dari sudut hukum fiqh, jual beli dengan non-muslim adalah sah, asalkan telah dipenuhi syarat-syaratnya seperti persetujuan untuk jual beli dan saling reda. Justeru tidak ada perbezaan hukum jual beli antara peniaga muslim dan non muslim.

(2) Halal ke?

Makanan dan minuman adalah halal untuk muslim sehinggalah terdapat petunjuk kuat bahawa ia tidak halal. Apa yang kelihatan secara zahir di gerai cendol tersebut, maka ia adalah halal bagi saya. Apa yang berlaku di belakang yang tidak kelihatan, seperti kaedah penyediaan cendol dan santan, maka Islam tidak mewajibkan kita untuk menyelidiknya.

(3) Nyonya penjual cendol mungkin makan khinzir dan bekas-bekasnya tercemar dengan kesan khinzir?

Ketahuilah bahawa kita umat Islam hanya dilarang makan khinzir. Adapun bekas-bekas yang mungkin terkena kesan khinzir, maka cukup dengan basuhan air biasa. Hukum kenajisan khinzir sudah banyak kali saya ulas di FB, tak perlu diulangi di sini.

(4) Gerai cina tidak bersih?

Gerai yang saya pergi memang bersih sementara nyonya penceduk cendol memakai sarung tangan di kedua-dua tangannya. Bandingkan dengan sebahagian pekerja restoran nasi kandar muslim yang mengambil ayam goreng dengan tangan saja. Di salah satu restoran nasi kandar muslim yang saya pergi, lalat sangat banyak sehingga benar-benar mengganggu keselesaan saya makan.

(5) Bukankah lebih bagus mengutamakan peniaga muslim berbanding non-muslim?

Betul. Gerai yang saya pergi ada 2 pekerja lelaki Indian Muslim dan seorang pekerja wanita Indonesia Muslim. Apabila saya minum cendol di sana, saya turut membantu ekonomi pekerja-pekerja muslim tersebut.

(6) Ada peniaga cendol muslim yang lebih sedap.

Itu adalah pilihan peribadi, dipersilakan. Satu contoh, pada hari sebelumnya saya ada singgah di sebuah gerai muslim untuk minum cendol. Santan instant, cendol hijau terasa keras, kacang merah amat keras, gula melaka terlebih. Mega tak sedap.

Sekian.

THI Oktober 2018: Walau sebesar zarrah!

  • Print
  • Email
Details
Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Category: Tazkirah Hari Ini
Published: 28 January 2019
Hits: 1926

Ketika jalan-jalan makan di P.Pinang, singgah minum Teochew cendol di Penang Road. Orang ramai, kena beratur untuk dapatkannya.

Pada waktu malam, baru saya teringat, "Owh, siang tadi makan cendol lupa nak bayar!" Banyak orang bersesak-sesak hingga lupa nak bayar.

Padahal esoknya akan bertolak balik selepas sarapan. Sambil merancang bagaimana hendak membayarnya, sebagai manusia biasa ada terlintas di fikiran saya,

"Ah! RM3 aje ...buat tak tahu sajalah!"

"Hm...Teochew tu sehari sales mesti beribu ringgit, apa laa sangat RM3??"

Sebab utama malas bayar? Tak suka memandu dan memakir di bandar George Town. Walaupun saya memandu ke P.Pinang, kereta tinggal di hotel saja. Ke sana sini jalan-jalan guna Grab sepenuhnya. Akhirnya berjaya menguatkan diri untuk membayarnya pada keesokan hari. Alhamdulillah.

Sebabnya? Teringat kepada ayat-ayat berikut,

 

يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka amal-amal mereka.

 

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

 

وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

al-Zalzala 99:6-8

  1. THI Oktober 2018: Mohonlah petunjuk.
  2. THI Oktober 2018: Tidak cukup panjangkah umurmu?
  3. THI September 2018: Hidangan dari langit.
  4. THI Julai 2018: Hakikat zikir
  5. THI Ogos 2018: Kamu tidak beriman.

Page 29 of 67

  • 24
  • ...
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • ...
  • 31
  • 32
  • 33
fb2yout
penulis-banner.gif
 pdf-icon.jpg Kenali Penulis

Hubungi Penulis di:

019-3848467 (SMS sahaja)
hafizfirdaus@hotmail.com

Dapatkan buku karangan Penulis di:
Jahabersa

Hantarkan soalan anda ke:
al-fikrah.gif 
Dapatkan karya bermanfaat di:
karangkraf.jpg

Statistics

Users
1091
Articles
1468
Articles View Hits
11631798

Back to Top

© 2026 HafizFirdaus.com ~ Agama dan Kehidupan